Puteri Ayu ni kalau buat sarapan pagi pun best minum petang pun sedap !
Bahan-bahan
3 biji telur
300 gm gula kastor
2 sudu kecil ovalette
200 ml santan
50 ml air pandan
2 sudu kecil pewarna hijau
250 gm tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
2 sudu tepung ubi
½ sudu kecil garam
250 gm kelapa parut
Sedikit minyak.
Acuan puteri ayu
Cara membuat
1. Mula-mula pukul telur bersama gula dan ovalette sehingga kembang dan putih lebih kurang 10 minit
2. Sementara itu, campurkan kelapa dengan tepung ubi dan garam, kacau rata. Ketepikan dahulu
3. Sapukan sedikit minyak pada acuan. Ketepikan dahulu
4. Setelah 10 minit, masukkan tepung gandum, santan, serbuk penaik, air pandan dan pewarna hijau. Pukul lagi dengan kelajuan perlahan sehingga sebati.
5. Ambil sedikit kelapa, masukkan ke dalam acuan sehingga padat.
6. Tuang adunan tadi kedalam acuan dan kukus selama 7 minit.
7. Kuih puteri ayu sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!
—————
Let’s connect:
For media, advertising, digital services, partnership and collaboration enquiries please contact: hello@icookasia.com or whatsapp +6010-4418825 (Qila)
Visit Us: http://www.icookasia.com
Follow & subscribe:
TikTok: https://www.tiktok.com/@icookasia
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Shop with us: https://icookasia.shop/
Checkout our services: https://icookasia.digital/