Kuih tradisional ini mempunyai tekstur yang kenyal, lembut dan harum. Ia mempunyai aroma yang menarik dari daun pandan, telur dan santan.
Resepi Kuih Bingka:
Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
1 ½ cawan gula
400 ml santan pekat
1 cawan air pandan yang dikisar dari 10 helai daun pandan
4 biji telur
Sedikit garam & marjerin
Cara membuat
1. Mula-mula masukkan tepung gandum, gula, santan, air pandan, telur dan garam ke dalam mesin pengisar. Kisar sebati sehingga tiada ketulan tepung.
2. Kemudian sapukan loyang dengan marjerin dan tuang adunan ke dalam loyang.
3. Tutup loyang dan bakar di atas dapur dengan api perlahan selama 30-40 minit atau sehingga bahagian tepi adunan kelihatan garing.
4. Padam api dan biarkan seketika sebelum di potong. Sedia untuk dihidang.
—————
Let’s connect:
For media, advertising, digital services, partnership and collaboration enquiries please contact: hello@icookasia.com or whatsapp +6010-4418825 (Qila)
Visit Us: http://www.icookasia.com
Follow & subscribe:
TikTok: https://www.tiktok.com/@icookasia
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Shop with us: https://icookasia.shop/
Checkout our services: https://icookasia.digital/