Zaman sekarang ni, aktiviti memasak sangat digemari oleh semua lapisan jantina dan usia. Seperti yang kita tahu, memasak tidak terhad kepada golongan wanita sahaja, malahan, lelaki juga sudah ramai menceburi bidang memasak. Jom tengok tips ni kalau korang nak masakan korang confirm jadi!
- Senduk kayu elak santan pecah minyak
Untuk korang yang suka menggunakan santan dalam masakan, mesti korang pernah alami pengalaman dimana santan yang dimasak pecah minyak dan berketul. Hal ini membuatkan masakan yang korang masak kelihatan tidak menarik. Sebenarnya, korang boleh meletakkan senduk kayu di dalam periuk dalam keadaan api yang perlahan, dapat mengelakkan santan pecah minyak.
- Nasi mengekalkan kelembutan cekodok
Ramai yang tidak tahu bahawa dengan meletakkan segengam nasi didalam bancuhan tepung dapat membantu melembutkan cekodok anda. Caranya mudah! Ambil segenggam nasi yang sudah dimasak, kisarkan nasi tersebut dengan sedikit air dan campurkan dengan tepung bancuhan cekodok anda dan goreng seperti biasa. Ini dapat mengelakkan cekodok anda menjadi liat dan dapat mengekalkan kelembutan cekodok walaupun sudah lama digoreng.
- Gula mengekalkan warna hijau sayur
Sayur yang dimasak terlalu lama akan menjadi layu dan akan berubah warna sedikit gelap. Ini akan menjejaskan rupa hidangan masakan sayur korang. Jadi untuk mengekalkan warna hijau sayur, kami mencadangkan anda memasukkan sedikit gula di dalam setiap masakan hijau seperti sawi, bayam, kailan dan sebagainya.
- Cili kering menghilangkan bau nasi hangit
Korang tahu masak nasi tak? hehehe. Masak nasi kadangkala menjadi agak mencabar kerana perlu mengambil kira aspek paras air untuk mengelakkan nasi daripada mentah mahupun terlebih masak. Antara petua dari orang dulu adalah mengukur paras air menggunakan jari kelingking untuk memastikan nasi di masak dengan sempurna.
Tetapi ada ketikanya nasi terlebih masak sehinggakan mengeluarkan bau hangit. Untuk menghilangkanya, letakkan dua atau tiga tangkal cili kering kedalam periuk dan panaskan seketika dalam dua minit. Pasti setelah anda membuka periuk, bau nasi yang hangit sudah tiada.
- Cuka membantu mengempukkan daging
Antara perkara yang paling risau ketika memasak adalah memasak daging sehingga empuk. Bukan sahaja mengambil masa yang lama, kadangkala daging yang direbus ini akan menjadi lebih liat sehingga sukar untuk dimakan.
Jadi untuk memudahkan daging menjadi empuk dalam masa singkat,kami mencadangkan korang menggunakan cuka masakan yang dimasukkan sedikit kedalam periuk yang merebus daging. Ini membolehkan daging yang direbus menjadi empuk dalam masa yang singkat.
Mudahkan? Orang cakap tips ni tak semua yang tahu. Korang tahu ke tak sebenarnya?
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity