Ketupat sotong ni hidangan paling popular bagi penduduk Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Dengan rasanya yang lemak manis pasti memikat selera anda semua!😍
Bahan-bahan
– 6 ekor sotong
– 1 cawan beras pulut
– 1 1/2 keping gula melaka
– 3 helai daun pandan
– 1 cawan santan pekat
– 3 cawan santan cair
– Garam
Cara membuat
1. Mula-mula rendam beras pulut dan biarkan selama 1 jam
2. Setelah itu, campurkan dengan santan pekat, dan garam, gaul sebati
3. Susunkan daun pandan di dalam periuk. Masukkan beras pulut kedalam sotong hingga hampir penuh
4. Masukkan kepala sotong dan sematkan dengan lidi
5. Masukkan kedalam periuk. Masukkan santan cair, air, gula melaka dan garam di dalam periuk
6. Masak sehingga mendidih sehingga kuah kering
7. Selamat mencuba!
#iCookAsia #ketupatsotong #sotongsumbat
—————
Let’s connect:
For media, advertising, digital services, partnership and collaboration enquiries please contact: hello@icookasia.com or whatsapp +6010-4418825 (Qila)
Visit Us: http://www.icookasia.com
Follow & subscribe:
TikTok: https://www.tiktok.com/@icookasia
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Shop with us: https://icookasia.shop/
Checkout our services: https://icookasia.digital/