fbpx

Masih ada yang tak tahu menanak nasi guna periuk biasa?

iCookAsia

This may contain: a white plate filled with rice on top of a table

Nasi putih yang dihidangkan dengan lauk-pauk seperti daging dan sayur-sayuran, lazimnya ditanak menggunakan periuk nasi elektrik. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa keluarga lebih gemar menanak nasi menggunakan periuk biasa di atas dapur.

Menanak nasi dengan sempurna tidak sukar jika menggunakan teknik yang betul. Ingat sahaja: 1 cawan beras  + 2 cawan air = 3 cawan nasi

Cara menanak nasi menggunakan periuk biasa

1 cawan beras

2 cawan air

  1. Cuci beras sebanyak 2 – 3 kali di dalam bekas. Buang air basuhan dengan air bersih setiap kali.
  2. Masukkan beras ke dalam periuk, tambah air dan tutup periuk dengan tudungnya dan nyalakan api dapur.
  3. Apabila air mula mendidih, kacau nasi menggunakan senduk kayu. Tutup semula tudung dan kecilkan api. Tanak nasi selama 15 minit tanpa membuka tudung peiuk. (wap amat penting untuk menanak nasi) Apabila beras telah menyerap air, lubang-lubang kecil akan terbentuk di bahagian atas. Nasi itu masak apabila airnya betul-betul kering.
  4. Tutup api dan biarkan periuk nasi menyerap haba tanpa membuka tudung periuk, selama sekurang-kurangnya 5 minit. Ini membolehkan nasi di lapisan bawah gebu seperti di bahagian atas.
  5. Gemburkan nasi menggunakan garpu setelah nasi masak.

This may contain: a person scooping rice into an electric pressure cooker with lid open on white background

Cara menanak nasi menggunakan periuk nasi elektrik

1 cawan beras

2 cawan air

  1. Cuci beras sebanyak 2-3 kali di dalam bekas. Buang air basuhan beras dan gantikan semula dengan air bersih setiap kali.
  2. Masukkan beras ke dalam periuk nasi, sukat air bersih pada aras yang betul dan tutup tudungnya. Tekan suis periuk.
  3. Setelah nasi masak, suis pada periuk akan terpadam dengan sendirinya.

Untuk dapatkan banyak tips dan resepi : Johor Palate

 

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x