fbpx

Sup Mudah dan Berkhasiat ! Sup Daun Moringa Myanmar

iCookAsia

Waktu-waktu sejuk ni dapat makan sup panas-panas sedap juga ni. Dalam hidangan-hidangan tradisi myanmar, sup memainkan peranan yang amat penting dan selalunya dimakan dengan nasi putih atau mie. Sup-sup ini selalunya mudah dan menyegarkan walaupun dimakan panas tau. 

Tambahkan pula dalam resepi ni, daun moringa dapat tambahkan rasa dan tingkatkan sistem imun kita dengan khasiat-khasiatnya. 

Bahan-bahan

1 bawang besar, dicincang
2-3 ula
1/2 inci halia, dicincang
4 cawan air
3 cawan daun moringa
Garam dan lada secukup rasa

Cara-cara

  1. Letakkan bawang, bawang putih, dan halia dalam periuk bersama air.
  2. Biarkan sehingga mendidih.
  3. Tambahkan daun moringa dan masak hingga layu.
  4. Rasa, kemudian tambahkan garam dan lada mengikut citarasa.
  5. Sajikan sebagai sebahagian daripada hidangan.

Nota:

Daun hendaklah ditambahkan pada akhir dan hanya dimasak selama beberapa minit.

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x