Khairul Aming buat lah resepi apa pun, confirm sekejap sahaja viral. Dengan kepakaran yang beliau ada, ada sahaja alternatif untuk resepi yang sedia ada. Rata-rata comment memang sedap, jadi menu lazat dan viral mesti lah dikongsi bersama!
Bukan setakat viral, habis kesemua bahan yang digunakan Khairul Aming confirm sold out di mana-mana kedai. Ramai nak merasa kan, tunggu apa lagi?
Jom try.
Terima kasih Khairul Aming untuk perkongsian resipi Burger Prosperity Ala Khairul Aming ini 🙂
@khairulaming Resipi burger ala prosperity. Boleh cuba buat sendiri kat rumah, senang jeee and sedap 😋 #makanlokal #foodtok #foodfestontiktok ♬ original sound – Khairulaming
Bahan- bahan:
2 sudu butter (cair)
1 biji bawang holland
3 ulas bawang putih
Cendawan
1 sudu tepung gandum
1 setengah cawan air
2 sudu sos tiram
Sedikit kicap manis
1 kiub pati lembu
2 sudu lada hitam (Ditumbuk)
Burger Lembu Oblong Ramly
Roti Oblong
Butter
Hirisan bawang
Cara membuat:
- Mula-mula, cairkan 2 sudu butter, masukkan 1 biji bawang holland, 3 ulas bawang putih dan cendawan. Tumis sehingga golden brown.
- Kemudian, tambahkan 1 sudu tepung gandum. Kacau sehingga brown lagi dan masukkan 1 setengah cawan air.
- Baru tambahkan 2 sudu sos tiram, sedikit kicap manis untuk bagi colour lagi gelap, tambahkan 1 kiub pati lembu dan masukkan 2 sudu lada hitam yang ditumbuk sendiri. Baru aroma lagi kuat. Kisarkan kesemuanya. Tumiskan lagi sekali.
- Seterusnya, boleh guna Burger Lembu Oblong Klasik, gorengkan sehingga garing di luar.
- Celupkan dengan sos blackpepper yang dibuat tadi.
- Untuk roti, boleh guna roti oblong, sapukan butter dan bakar sekejap bagi ia garing. Boleh letak daging yang dicelup tadi dan letak sos. Boleh letak hirisan bawang.
- Nak lagi sedap, boleh goreng juga fries curly.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Khairul Aming(TikTok)
Senang kalau ada pan untuk masak, boleh celup daging dengan sos blackpepper banyak-banyak terus. Meh tengok sini: https://shope.ee/2flP3ur9a5
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos