Bahan-bahan
* Bahan untuk nasi
– 2 cawan beras
– 1 inci kulit kayu manis
– 1 kuntum bunga lawang
– 2 ulas bawang putih
– 3 sudu besar mentega
– Garam
* Bahan untuk Ayam dan Sup
– 500g ayam
– 2 sudu besar kicap pekat
– 1 sudu besar sos cili
– 1 sudu kecil minyak bijan
– 20g lobak jeruk
– 1 inci halia
– 1 ulas bawang putih
– Garam
* Bahan untuk air lada
– 6 biji cili merah
– 3 ulas bawang putih
– 1 inci halia
– 1/2 cawan air rebusan ayam
– 1 sudu kecil minyak bijan
– 1 sudu kecil cuka
– 2 sudu kecil gula
– Garam
Cara Membuat
1. Mula-mula renehkan ayam bersama sedikit garam, reneh sehingga ayam masak
2. Kemudian, keluarkan ayam dan ambil 2 cawan air rebusan untuk memasak nasi
3. Renehkan lagi air rebusan bersama lobak jeruk dan halia serta bawang putih untuk dijadikan sup
4. Seterusnya, campurkan sos cili, kicap dan minyak bijan, curahkan ke atas ayam dan gaul sebati, kemudian gorengkan tanpa minyak.
5. Untuk memasak nasi, cairkan mentega, tumiskan bawang putih, bunga lawang, dan kulit kayu manis sehingga naik bau.
6. Curahkan air rebusan dan masukkan beras serta sedikit garam
7. Untuk air lada, masukkan halia, bawang putih, cili, minyak bijan,gula, cuka, garam dan air rebusan, kisar sehingga halus
8. Nasi Ayam Sedia Untuk Dihidang! Selamat Mencuba!
—————
Let’s connect:
For media, advertising, digital services, partnership and collaboration enquiries please contact: hello@icookasia.my or whatsapp +6010-4418825 (Qila)
Visit Us: https://icookasia.my
Follow & subscribe:
TikTok: https://www.tiktok.com/@icookasia
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Shop with us: https://icookasia.shop/
Checkout our services: https://icookasia.digital/