fbpx

Resepi Paling Best Asam Laksa, cara yang kena dengan selera kita 😍

iCookAsia

Tak rugi pun cuba resepi kegemaran ramai ni. Sedap, mudah and kena dengan selera. Betul-betul mengimbau kenangan dulu.

Bahan utama yang diperlukan
1 paket laksa basah

Bahan-bahan bagi kuah asam adalah:
500 gm ikan sardin segar (di rebus bersama ½ liter air)
1 inci halia
2 ulas bawang besar
1/2 cwn cili tumbuk
2 keping asam keping
1/2 inci belacan
1 tangkai bunga kantan
1 ikat daun kesum
1 liter air (untuk kuah)
Garam & gula (secukup rasa)
½ cawan air untuk mengisar

Bahan berikut pula ulaman yang dimayang halus:
1 batang timun
1 tangkai daun salad
1 tangkai bunga kantan
5 biji limau kasturi (dibelah dua)
2 tangkai cili merah
2 biji telur rebus (dibelah dua)

Cara-cara

1. Mula-mula rebus ikan dengan ½ liter air hingga masak. Kemudian asingkan isi dan tulangnya.

2. Isi ikan tadi dikisar bersama lebihan air rebusan sehingga halus.

3. Kemudian kisar halus cili, belacan, bawang, halia dan ½ cawan air.

4. Campurkan bahan-bahan yang telah dikisar bersama 1 liter air ke dalam periuk dan didihkan di atas dapur. Biar seketika sambil dikacau. Kemudian masukkan bunga kantan, daun kesum,asam keping, gula dan garam. Kacau rata

5. Untuk menghidang, sedikit laksa diletakkan ke dalam mangkuk. tuang kuah asam dan taburkan ulaman. Asam Laksa sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!

—————
Let’s connect:
For media, advertising, digital services, partnership and collaboration enquiries please contact: hello@icookasia.my or whatsapp +6010-4418825 (Qila)

Visit Us: https://icookasia.my
Follow & subscribe:
TikTok: https://www.tiktok.com/@icookasia
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/

Shop with us: https://icookasia.shop/

Checkout our services: https://icookasia.digital/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x