fbpx

Resepi Bebola Nasi & Dendeng Ayam, Menu Yang Unik Tapi Tetap Sedap! 😍

iCookAsia

Macam bosan sahaja asyik makan ketupat dan rendang musin-musim raya ni. Apa kata kita tukar selera dengan menu Bebola Nasi & Ayam Dendeng. Memang lain dari yang tau, lagi-lagi dengan menggunakan Ayam Kampung Ladang’57. Jom cuba resepi ini!

Bahan Nasi
3 cawan Beras Wangi Horeca, dibersihkan & tus
41⁄2 cawan air
2 sudu kecil garam
1⁄2 cawan mayonis
11⁄2 sudu besar minyak
1⁄4 cawan hirisan daun bawang
1⁄4 cili benggala merah, dikiub kecil
1⁄4 cawan lobak merah, dikiub kecil

Bahan Ayam
1⁄4 cawan minyak
3 sudu besar cili kisar
1 batang serai, dititik
1 ekor Ayam Kampung Ladang’57, dipotong 12
5 helai daun limau purut
6 biji kurma (biji saja, untuk empukkan ayam)
1⁄4 cawan air asam jawa
1⁄4 cawan kicap manis
2 sudu besar gula Melaka
2 sudu besar kerisik
1⁄2 cawan bawang goreng, ditumbuk lumat
Air, garam secukupnya

Bahan Kisar
1 inci halia
2 labu bawang besar
1 batang serai
4 ulas bawang putih

Cara Membuat
1. Untuk ayam: Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan cili dan serai, masak sehingga naik minyak.
3. Masukkan Ayam Kampung Ladang’57. Kacau sekali-sekala.
4. Tambah air, daun limau purut dan biji kurma.
5. Apabila mendidih, perlahan api dan tutup kuali.
6. Masak selama 40 minit atau sehingga ayam empuk.
7. Tambah air asam jawa, kicap, gula Melaka, kerisik dan bawang goreng.
8. Apabila pekat, tambah garam secukupnya.
9. Untuk nasi: Masak Beras Wangi Horeca, air dan garam.
10.Semasa nasi masih panas, gaul, mayonis dan minyak. Bahagikan 3.
11. Untuk setiap bahagia, gaul dengan daun bawang, cili benggala dan lobak merah.
12.Bentukkan menjadi bebola. Sajikan dengan ayam.
—————
Let’s connect:
For media, advertising, digital services, partnership and collaboration enquiries please contact: hello@icookasia.my or whatsapp +6010-4418825 (Qila)

Visit Us: https://icookasia.my
Follow & subscribe:
TikTok: https://www.tiktok.com/@icookasia
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/

Shop with us: https://icookasia.shop/

Checkout our services: https://icookasia.digital/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x