fbpx

Tambahkan Sedikit Kelainan, Cuba Buat Ayam Butter Nestum Pula. Dengar Pun Dah Tahu Sedap!

iCookAsia

Biasa makan Ayam Buttermilk kan? Memang dijamin sedap dan tak muak bila makan. Dengan adanya tambahan nestum menjadikan hidangan tersebut lagi nikmat dan kena dengan tekak melayu. Mesti buat ini.

Jom try.

Terima kasih Shamil Salleh untuk perkongsian resepi Ayam Butter Nestum ini 🙂

Bahan- bahan:
Ayam (bahagian isi potong kecik-kecil)
Butter
Nestum
Bawang putih
Cabai melaka (cili padi)
Daun kari
Tepung bestari untuk salut ayam
Minyak untuk goreng ayam
Bahan semua agak-agak tiada sukatan yang betul

Cara Membuat:

  1. Mula-mula, gaulkan ayam bersama tepung bestari dan goreng dengan minyak panas sampai masak. Jika sudah siap, ketepikan.
  2. Kemudian, cairkan butter.
  3. Masukkan bawang putih, daun kari dan cili padi.
  4. Seterusnya, jika sudah naik bau, masukkan ayam yang digoreng tadi.
  5. Akhir sekali, masukkan nestum dan perasakan dengan sedikit gula garam. Gaul sebati.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Shamil Salleh(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Jangan lupa untuk tekan pautan di bawah untuk ke semua media sosial kami https://linktr.ee/icookasia 

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x