fbpx

Masak Patin Tempoyak Sekejap Je ! Sedap dan Mudah | iCookAsia

iCookAsia

Hari ini kita akan bersama Chef Lin yang akan berkongsikan resipi Patin Masak Tempoyak. Kalau rindu nak ke Temerloh tu, bolehlah cuba resipi ini:

Bahan-bahan:
2 biji cili merah
5-6 biji cili padi
1 inci kunyit
1/2 cawan tempoyak
3-4 cawan air
10 tangkai daun kesum
1 sudu kecil gula
1 keping asam gelugur, jika tempoyak kurang masam
1 ekor ikan patin, dipotong
Garam secukup rasa

Cara membuat:
1. Kisar lumat cili merah, cili padi dan kunyit.
2. Masukkan tempoyak, kisar sekejap.
3. Tuangkan ke dalam periuk. Tambah air.
4. Masukkan daun kesum, asam gelugur, gula dan garam.
5. Masukkan ikan dan masak sehingga mendidih.
6. Renihkan atas api perlahan, biar ikan masak.

Nak beli barang dapur? Jom shopping di: https://shop.icookasia.my/

Want to be featured in our video? email us at partner@icookasia.my
—————————————-
Visit iCookAsia for more recipes: https://icookasia.my for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
——————–
for advertising enquiries, please email to: sales@icookasia.my

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x