fbpx

Resepi Donut Red Velvet Viral! Gebu Dan Lembut Rasanya. Sama Macam Donut Eira Aziera!

iCookAsia

Hebat penangan donut red velvet Eira Aziera, terus trending resepi donut red velvet Eira Aziera. Ramai yang terjebak nak buat donut red velvet viral ni. Sebelum ni trending donut susu viral kan? Sekarang donut red velvet viral ambil alih giliran trending pula. Kali ni, Chef Azreen nak kongsikan cara nak buat donut red velvet yang gerenti jadi. Gebu dan lembut betul kejadiannya. Kalau makan satu, tak cukup tau!

Jom try.

Bahan-bahan:
260 g tepung gandum
30 g gula halus
5 g yis
5 g baking powder
1 biji kuning telur
140 g air
15 g pelembut roti
20 g marjerin
10 g perisa red velvet

Bahan Salut Donut Red Velvet:
100 g susu tepung
100 g gula icing

Cara Membuat:

  1. Campurkan sema bahan kecuali marjerin dan uli sehingga sebati. Boleh uli dengan menggunakan tangan ataupun mixer.
  2. Letak marjerin ke dalam adunan tadi dan uli lagi sehingga sebati dan menjadi doh.
  3. Biarkan doh mengembang sekali ganda lebih kurang 30 minit. Setelah kembang, ambil sedikit doh lebih kurang 30 gm setiap doh, bulatkan doh.
  4. Letakkan doh di atas tray yang di tabur tepung.
  5. Biarkan ia mengembang sekali ganda lebih kurang 30 minit.
  6. Sementara itu, panaskan minyak kemudian goreng donut yang telah kembang tadi.
  7. Toskan dan salutkan dengan campuran susu tepung.

Selamat mencuba!

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: iCookAsia(YouTube)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x