Buat peminat masakan Kari, anda patut sekali sekala cuba untuk buat resepi Kari Kepala Ikan ini. Memang berselera betul tengok hidangan ini. Lebih-lebih lagi dengan betapa pekatnya kejadian kuah ini. Memang padu betul resepi daripada Chef Man ini. Jom cuba!
Boleh tengok video di bawah untuk tengok dengan lebih lanjut di YouTube iCookAsia.
Bahan- bahan:
Bahan A:
Kepala ikan merah/jenahak (boleh masukkan juga badannya seketul dua)
5 sudu besar rempah kari ikan
3 sudu besar cili serbuk
2 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu jintan putih
2 sudu kecil biji sawi
1 sudu kecil halba
1 sudu besar serbuk kunyit
Bahan-bahan kisar:
1 biji bawang besar
3 – 4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 inci halia
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 biji tomato
Bahan-bahan mayang:
1 labu bawang besar (dimayang halus)
2 biji tomato
3 biji bawang putih
2 biji cili merah atau hijau
3 tangkai daun kari (jangan leraikan)
2 sudu besar asam jawa dan air
Garam secukup rasa
Serbuk perasa dan sedikit gula
Air secukupnya utk kuah
1 cawan Santan SAJI
Bahan rampai:
Terung / kacang bendi
Tomato
Cara membuat:
- Panaskan minyak, tumis bahan-bahan mayang dengan halba campur.
- Setelah agak layu, masukkan cili kisar dan bahan kisar.
- Masukkan rempah kari ikan, dan daun kari.
- Masak sehingga hilang bau rempah. Masukkan air jika rempah nampak kering.
- Setelah rempah masak dan hilang bau, masukkan air asam jawa dan air ikut kepekatan yang disukai. Perasakan dengan garam.
- Masak sehingga mendidih dan masukkan ikan dan bahan-bahan rampai.
- Masak sehingga ikan masak sahaja. Perasakan dan sesuaikan mengikut citarasa anda. Sedia untuk dihidang.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: iCookAsia(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity