fbpx

Tempat Makan Yang Sesuai Dan Santai, Kueh Cafe, Shah Alam. Banyak Kuih Tradisional Di Sini!

iCookAsia

Penggemar Kuih rindu nak makan pelbagai jenis kuih dan hidangan tradisional? Jom singgah Kueh Cafe ini yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam. Mesti rasa nak makan semua!

“Delicious traditional kuih at reasonable price. Itu adalah antara komen yang diberikan olek salah seorang pelanggan di sini.

Bagi sesiapa yang inginkan suasana yang selesa dan santai, boleh pergi ke kafe ini. Nak sambil buat kerja pun boleh, disajikan pula dengan hidangan yang kepelbagaian dan menarik. Dengan lokasi yang strategik dan mempunyai tempat letak kereta berhadapan dengan kedai menjadikan ia lagi mudah bagi pelanggan mereka. Anda semua boleh waze sahaja untuk ke kedai ini atau tengok maklumat di bawah.

Info kedai:

Alamat: 

No 6, Jalan Renang 13/26 Seksyen 13, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: 

Isnin hingga Ahad (9 pagi hingga 8 malam)

“Takkan kuih tradisional je ada?”

Banyak lagi juadah dan juga minuman yang terdapat di Kueh Cafe ini. Ada main dishes, noodles, appetizers dan minuman. Antara menu utama yang dijual di sini adalah lempeng, nasi lemak, nasi dagang, cucur udang dan bubur pulut hitam atau bubur kacang hitam mengikut hari tertentu. Bagi peminat nasi lemak, anda mesti cuba hidangan ini. Terdapat tiga jenis Nasi Lemak yang boleh dicuba seperti Nasi Lemak Biasa, Nasi Lemak Ayam Masak Merah dan Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah. 

Kalau teringin nak makan hidangan yang berasaskan noodles pun ada seperti Laksa, Mee Kari dan Mee Rebus. Sesuai untuk nikmati makanan ini pada waktu petang. Digandingkan pula dengan pembuka selera yang simple, light dan paling penting, sedap. Antara pembuka selera yang ada di sini ialah Laksam, Roti Jala dan Soto Ayam. 

Ada sesetengah orang datang sekadar nak lepak dan minum sahaja. Minuman di sini pun sangat banyak. Sangat sesuai bagi peminat coffee mahupun tidak. Pelbagai pilihan ada tau, anda boleh pilih Coffee, Tea Series, Chocolate, Frappuccino, Smoothies, Mocktail dan Fresh Juices pun ada sekali! Boleh hilangkan dahaga, tanpa sedar dah ter-order dua kali hehe.

Terlalu banyak makanan untuk dicuba?

Antara makanan yang boleh dicuba ialah Kuih Dangai Kukus. Kuih Dangai Kukus mempunyai tekstur yang lembut dengan berintikan gula melaka. Seterusnya,Kuih Seri Muka yang menjadi kegemaran ramai dek kerana rasa yang manis dan berlemak. Ia mempunyai dua lapisan hijau dan putih. Setiap kali pergi pasar malam mahupun bazar, Onde-Onde mesti jadi pilihan. Boleh cuba kuih ini di Kueh Cafe. Dengan saiz yang perfect, memang sesuai dan senang untuk dimakan. Bertambah paul dengan inti gula melaka yang cair tersebut. Pulut panggang pun ada tau. Memang cukup rasa nya, di sini ia diisi dengan inti kelapa dan dibakar.

Jangan lupa cuba Roti Jala dia. Confirm makan sekali mesti nak lagi. Dihidangkan bersama Kuah Kari Ayam yang pekat dan sedikit pedas. Tak dilupakan Lempeng yang sangat lembut, tidak terlalu nipis maupun tebal. Kombinasi yang padu dengan Sambal Tumis Ikan Bilis. Bagi yang suka manis, this is the right dish for you! Apa-apa pun, anda mesti cuba Nasi Lemak dan Mee Kari di sini. Harga pun berpatutan dan berbaloi dengan rasa yang sedap dan termimpi-mimpi.

Admin rasa nak pergi lagi nanti. Jom semua? Kalau dah pergi, boleh lah share dengan kami mengenai pendapat anda! 😉

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x