Siapa peminat sayur di sini mesti cuba resepi ini. Lauk berasaskan sos tiram ni sedap tau, apatah lagi makan dengan nasi panas. Nak ratah macam itu sahaja pun boleh. Nak guna brokoli pun boleh.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Suzana Saad perkongsian resipi Sayur Pak Choy Sos Tiram ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
Sayur Pak Choy (belah dua,rebus bagi masak atau separuh masak)
Bawang putih (yang dipotong kecil)
Bahan B (Untuk Sos):
2 atau 3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil secukup rasa
1/2 sudu kecil tepung jagung (untuk pekatkan kuah)
Cara membuat:
- Mula-mula, masukkan air kosong. Sukatan agak-agak banyak mana nak disiramkan sos nanti. Bancuhan ini kalau sos tiram tidak cair pun tak apa, nanti atas apa akan jadi elok.
- Kemudian, tumiskan bawang putih yang dipotong kecil.
- Jika bawang putih sudah kekuningan, masukkan bancuhan tadi dan kacau hingga sedikit pekat.Â
- Akhir sekali, tuangkan atas pak choy yang sudah disusun cantik.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Suzana Saad(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity