Kalau ada Air Asam memang nikmat makan nasi tu bertambah. Dapat pula dicicah dengan ikan kegemaran masing-masing. Lengkap dah hidangan tersebut. Cara nak buat Air Asam ini pun mudah sahaja.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Ameera perkongsian resipi Air Asam ini 🙂
Bahan-bahan:
10 biji cili padi
2 biji besar cili merah
1 biji tomato
1 biji bawang besar (Potong nipis)
Asam jawa biji (Ambil separuh, dicampur dengan 1 cawan air suam)
Belacan
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
Cara membuat:
- Mula-mula, campurkan cili padi, cili merah, tomato dan bawang besar dalam mangkuk.
- Letakkan sedikit garam. Jangan terlalu banyak nanti terlalu masin.
- Masukkan 2 sudu besar gula. Lagi sedap bila ada rasa manis, masam, pedas.
- Kemudian, belacan tadi tenyehkan pada tangan sahaja dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.
- Masukkan 1 sudu besar sos tomato dan 1 sudu besar sos cili.
- Tapiskan air asam jawa tadi dan buangkan bjinya.
- Akhir sekali, gaulkan kesemua bahan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Ameera(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity