Setiap kali solat tarawih mesti teringin nak moreh kan? apa kata anda semua cuba buat Cakoi ini untuk moreh? Nak makan macam tu sahaja pun dah sedap, kalau nak cicah dengan sos pandan atau sos pilihan sendiri pun boleh. Senang je tau dan puas hati makan.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Ila Lala perkongsian resipi Cakoi ini 🙂
Bahan-bahan:
1 cawan air suam (jangan terlalu panas)
1.5 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1/2Â sudu kecil sodium bicarbonate
2.5 cawan tepung gandum
2 sudu besar minyak
Cara membuat:
- Mula-mula, sediakan air yis dan masukkan yis dan gula ke dalam air suam. Biarkan selama 10 minit hingga berbuih.
- Masukkan garam, sodium bicarbonate dalam tepung dan air yis. Uli sebati dan masukkan minyak. Uli rata dan rehatkan selama 1 jam.
- Kemudian, selepas 1 jam, canai dan potong kepada 4 segi panjang.
- Basahkan lidi atau chopstick dan tekah tengah doh. Tindih 2 doh yang sudah dipotong 4 segi. Taburkan tepung sebelum dan semasa mencanai supaya doh tidak melekat.
- Akhir sekali, gorengkan dengan minyak panas. Tarik sedikit doh sebelum masukkan dalam kuali serta gorengkan sehingga garing.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Ila Lala(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity