Kari Daging ni sesuai sangat dimakan dengan Sambal Belacan dan juga ulam-ulaman. Kalau masak untuk hidangan tengahari pun mantap juga. Disajikan pula dengan nasi panas, memang berpinggan makan lauk ini.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Siti Fatimah perkongsian resipi Kari Daging ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A (Tumbuk):
1/2 kg daging (rebus 40 minit)
1 bungkus rempah daging babas
4 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil jintan manis
Bahan B:
2 biji ubi kentang
1 bungkus kerisik
1 cawan santan
Seketul pati ayam knor
Sedikit garam
2 biji tomato
10 biji cili padi
Sedikit daun bawang
Cara membuang:
- Mula-mula, panaskan api dan tumiskan 3 beradik iaitu bunga lawing, kayu manis, buah pelaga, bawang kecil dengan sedikit halia.
- Kemudian, apabila sudah garing, masukkan rempah daging babas yang dicampur dengan sedikit air.
- Masukkan pula kerisik dan masak bagi pecah minyak.
- Seterusnya, masukkan santan, daging dan ubi kentang. Pastikan ubi kentang betul-betul lembut.
- Masukkan pati ayam knorr, 2 biji tomato yang dibelah 4 dengan sedikit garam.
- Tunggu sehingga kuah mendidih dan akhir sekali, masukkan daun bawang dengan cili padi.Â
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Siti Fatimah(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity