fbpx

Bestnya Dapat Buat Maggi Goreng, Simple Tapi Memang Sedap!

iCookAsia

Kadang-kadang teringin juga nak makan hidangan yang simple tapi lazat kan? Dengan rasa yang cukup, memang makan sekali mesti nak tambah lagi. Senang sahaja tau, buat sendiri pun boleh.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Atie Halpi perkongsian resipi Maggi Goreng ini 🙂

Bahan-bahan:

3 paket maggi perisa kari

Bawang merah

Bawang putih

Ayam

2 sudu besar sos cili

1 sudu besar kicap pekat

2 paket perencah Maggi

Telur

Cili merah

Daun sup (Boleh guna daun celery kalau tiada)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, celur maggi tapi jangan sampai lembik. Ketepikan.
  2. Kemudian, tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan ayam. Jika ayam sudah agak-agak masak, masukkan sos cili, kicap pekat dan perencah maggi kari. Gaul sebati.
  4. Kemudian, masukkan maggi. Gaul sebati. Masukkan sayur. Gaul sebati.
  5. Alihkan maggi ke tepi sedikit, masukkan telur dan goncang sampai agak-agak telur tersebut hampir masak, baru gaulkan sekali dengan maggi. Tutup api.
  6. Akhir sekali, masukkan cili dan daun celery dan gaul sekejap bagi sebati. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Atie Halpi(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x