Kalau makan Ayam Goreng Mamak dengan nasi panas pun sedap juga ni. Nak ratah macam tu sahaja pun boleh tau. Masak untuk anak-anak di rumah, mesti mereka suka, dengan rasa crunchy lagi. Apatah lagi dicicah dengan sos.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Qhamcyahh Hidayat perkongsian resipi Ayam Goreng Mamak ini
Bahan-bahan:
Bahan A:
1 ekor ayam
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung beras
3 tangkai daun kari
Bahan B (Dikisar):
6 ulas bawang putih
2 inci halia
5 tangkai cili kering
2 sudu makan rempah kari
1 biji telur
Garam secukup rasa
1 sudu makan serbuk lada sulah
Cara membuat:
- Mula-mula, perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.
- Panaskan minyak.
- Akhir sekali, goreng ayam hingga masak.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Qhamcyahh Hidayat(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity