fbpx

Jom Buat Kuih Kegemaran Ramai, Kuih Pelita Versi Moden. Mudah Dan Puas Hati

iCookAsia

Setiap kali tiba bulan puasa, mesti ramai yang cari kuih in ikan? Lepas ini, tak perlu risau dah, buat sendiri sahaja pun boleh. Lagi puas hati sebab dapat makan banyak. Bukan itu sahaja, sedap dan mudah pula tu.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Sharlia Rose perkongsian resipi Kuih Pelita Moden ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A (Layer Hijau):

2 cawan tepung beras

2 cawan gula pasir

3 helai daun pandan (di blend bersama 1 cawan air, tapis dan ambil jusnya)

5 cawan air

Cara membuat:

  1. Mula-mula, campurkan semua bahan di atas dan gaulkan sebati.
  2. Letakkan atas dapur dan masak dengan api sederhana. Pastikan non-stop kacau secara perlahan sehingga agak pekat dan ada mendidih.
  3. Jika sudah siap masukkan dalam bekas yang bersesuaian dan biarkan sejuk. Ketepikan.

Bahan B (Layer Putih):

2 cawan tepung beras

2 kotak santan (kecil) dicampur dengan 6 cawan air

2 sudu besar gula pasir

1 helai daun pandan

1 sudu besar garam

Cara membuat:

  1. Mula-mula, campurkan semua bahan di atas dan gaulkan sebati. 
  2. Kemudian, letakkan atas dapur dan masak dengan api sederhana. Non-stop kacau secara perlahan sehingga agak pekat dan mendidih.
  3. Kemudian, curahkan atas layer hijau yang dah disejukkan tadi.
  4. Akhir sekali, apabila layer putih sudah sejuk, masukkan dalam fridge. Jika sudah sejuk boleh makan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Sharlia Rose(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x