fbpx

Resepi Jualan Ayam Goreng Crispy, Lagi Lama Perap Lagi Bagus. Terliur Dibuatnya

iCookAsia

Siapa sahaja yang tidak suka makan Ayam Goreng Crispy kan? Dengan kerangupannya yang memikat hati, memang tak cukup makan satu sahaja. Anda boleh lah cuba resepi yang dikongsikan oleh wanita ini. Confirm sedap tau.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Zana Shazana perkongsian resipi Ayam Goreng Crispy ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A (Perap 1 ekor ayam):

5 biji bwng putih tumbuk halus

1 1/2  sudu besar serbuk cili

1 1/2 sudu besar serbuk kari

1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Garam

Gula sikit

Tips:

  1. Lagi lama perapan, lagi bagus.
  2. Kuantiti serbuk cili dan kari boleh dikurangkan bagi yang tidak suka pedas

Bahan B (Tepung Goreng):

2 cawan tepung jagung

2 sudu besar tepung beras

2 sudu besar tepung gandum

1/2 sudu kecil soda bikarbonat

1/2 sudu kecil tepung penaik (baking powder)

1/2 sudu kecil lada hitam (yang dikisar halus)

Garam

Nota tambahan:

  1. Jika masa goreng tepung tidak cukup, boleh tambah mengikut kuantiti tepung yang perlu tapi pastikan tepung jagung lebih dari yang lain

Cara membuat:

  1. Mula-mula, pecahkan 2 biji telur pada perapan ayam.
  2. Kemudian, masukkan pula ayam pada bahan tepung goreng.
  3. Pastikan ayam betul-betul bersalut dengan tepung dan gorengkan ayam.

Nota tambahan:

  1. Pastikan sebelum masukkan ayam, minyak betul-betul panas dan gorengkan ayam dengan api sederhana.
  2. Pastikan ayam tenggelam sewaktu menggoreng.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zana Shazana(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x