fbpx

Cara Buat Tauhu Begedil Yang Mudah Dan Sedap. Penuh Dengan Isi Daging!

iCookAsia

Mesti ramai yang suka makan Tauhu Begedil kan? Dengan isi daging yang padat, memang lagi nikmat nak makan. Buat makan petang pun best juga. Bukan itu sahaja, cara untuk buat menu ini pun sangat mudah dan  berbaloi untuk di cuba.

Jom kita try.

Terima kasih Tengku RosElyza Raja Muhammad  untuk perkongsian resipi Tauhu Begedil ini 🙂

Bahan-bahan:

Tauhu pop (tauhu yang biasa diletak dalam kuah kari)

5-6 biji kentang (dihiris nipis dan goreng)

Daun sup (dihiris halus)

Bawang goreng

100gm daging cincang (digoreng)

1 sudu garlic salt

1 sudu lemon pepper

1-2 biji telur

Cara Membuat:

  1. Pertama sekali, pastikan untuk belah 4 tauhu pop dan buat lubang kosong di tengahnya dengan mengeluarkan isi dalam. Ketepikan.
  2. Kemudian, goreng kentang dan tumbuk.
  3. Goreng daging cincang.
  4. Seterusnya, satukan daging, kentang, daun sup, bawang goreng, lemon pepper dan garlic. Bulat-bulatkan dan masukkan dalam tauhu.
  5. Salut dengan telur yang telah dipukul dan goreng seketika. Angkat.

Bahan (Untuk Sambal Kicap):

Cili merah besar dan hijau

Cili api

Limau kasturi

Garam dan gula

Kicap

Cara Membuat:

  1. Blend bahan di atas dan letak dalam peti sejuk. Untuk dapatkan kepekatan sambal tersebut

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Tengku RosElyza Raja Muhammad(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x