Kalau anda semua nak tahu, Akok ini merupakan kuih tradisional yang sangat terkenal di Negeri Kelantan dan Terengganu. Dengan kelembutan dan rasa yang lemak manis itu membuatkan tak jemu nak makan banyak. Memang wajib dicuba kalau datang ke negeri pantai timur ni.
Lagi best kalau buat sendiri je. Jom kita try.
Terima kasih Farisha Sofea untuk perkongsian resipi Akok Pandan Kedut ini 🙂
Bahan-bahan:
4 helai daun pandan
1 cawan air
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
3/4 cawan gula halus (Boleh lebih atau kurangkan)
5 biji telur (Boleh guna gred AA)
1/2 sudu kecil garam halus
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, kisar dahulu daun pandan bersama secawan air dan tapiskan.
- Kemudian , masukkan kesemua bahan yang lain termasuk air tapisan daun pandan tadi ke dalam pengisar dan kisar hingga sebati.
- Panaskan oven bersama acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak.
- Seterusnya, tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180°C selama 40 minit bergantung kepada oven masing masing .
- Kuih akok akan menggelembung seperti belon ketika dimasak dan akan mengecut dan berkedut apabila dikeluarkan. Boleh dihidang.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Farisha Sofea(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos