Biasa kita buat Tauhu Bergedil je kan? Kalau dah bosan, boleh lah cuba buat hidangan Popia Bergedil daripada seorang pengguna Facebook ini. Cara tersendiri, tapi nampak sangat mudah dan lebih rangup.
Sedap ni kalau dapat hidang untuk makan petang. Jangan lupa untuk dicicah bersama Sambal Kicap padu tau. Pasti lebih lazat!
Terima kasih Aznor Aznora untuk perkongsian resipi Popia Bergedil ini 🙂
Bahan-bahan:
4 biji kentang (kupas kulit, basuh, potong-potong dan goreng)
Sepotong isi ayam (dicincang halus, bahagian dada)
Sedikit daun bawang dan daun sup (dipotong halus)
Serbuk Lada putih berperisa
Garam (optional)
Kulit popia (sekeping potong pada 2 bahagian)
2 biji telur (kacau dan letak garam sikit)
Minyak untuk goreng
Cara membuat:
- Goreng kentang hingga sederhana lembut. Kemudian angkat dan toska.
- Selepas itu, lenyek halus dan masukkan semua bahan.
*Tak letak garam pun tak apa sebab lada putih berperisa sudah cukup rasa. Perasakan mengikut citarasa anda sendiri.
- Sudah siap, gaulkan dan bentukkan menjadi lonjong dan boleh gulung dengan kulit popia yang sudah dipotong.
- Gam dengan sedikit bancuhan tepung dan air.
- Semasa nak goreng, celup dalam telur yang telah digoreng. 6. Akhir sekali, goreng hingga kuning keemasan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Aznor Aznora (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos