fbpx

Resepi Unik, Nasi Goreng Budu. Buat Hantu Budu Wajib Cuba Masak Ni!

iCookAsia

Hidangan sampingan Budu ni biasa dimakan seperti Sambal Belacan je. Dicicah dengan apa apa hidangan, ulam dan pelbagai lagi. Tetapi pernahkan anda cuba buat Nasi Goreng Budu?

Jom ikut seorang pengguna Facebook ini membuat Nasi Goreng Budu. Buat penggemar tegar Budu, wajib cuba tau. Yang tak suka, jangan cuba pula, hehe…

Terima kasih Hajar Mohd untuk perkongsian resipi Nasi Goreng Budu ini 🙂

       Bahan-bahan:

Budu

Bawang putih dan bawang merah yang (dicincang)

Udang

Ikan panggang/ikan rebus

3 biji Telur

Satu batang serai hiris nipis

Cili Api (dipotong)

Timun

Biji lada hitam (ditumbuk)

*Semua bahan di atas boleh dianggarkan mengikut kadar banyak atau sedikit nasi yang mahu anda goreng.

*Boleh juga tambah ayam, sotong atau gajah.

Cara membuat:


1. Tumbuk lada hitam separuh lumat, kemudian tumbuk isi ikan.
*Jika nak isi ikan kasar, maka tumbuk tak perlu lumat sangat ya.

2. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Tumis bawang putih bawang merah.

3. Kemudian masukkan udang galah.


4. Setelah udang separuh masak, boleh tuangkan budu. Tuang ikut sekadar masin yang anda mahu sahaja.

5. Masukkan telur. Kali ni saya masukkan 3 biji telur ayam.


6. Setelah telur masak, masukkan hirisan timun dan isi ikan yang bercampur lada hitam tadi.
*Masa ini, boleh masukkan serbuk perasa dan garam. Tetapi budukan dah masin jadinya tak perlulah garam dah. Perasakan ikut rasa tekak anda.


7. Terus masukkan serai, bawang merah, bawang putih dan cili api.


8. Masukkan nasi dan kacau hingga sebati.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Hajar Mohd (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x