Bila sebut Pisang Goreng ni, Admin pasti anda semua biasa dapatkan pada waktu tengahari petang di gerai-gerai tepi jalan kan? Jarang sekali kita buat sendiri. Tapi kalau ini apa kata kita buat sendiri dan boleh buat atau sediakan secara frozen.
Lepas ni dah tak susah. Bila anda rasa nak makan je, boleh terus keluarkan dari peti ais dan masak. Mudah!
Terima kasih Nora Mohd Rawi untuk perkongsian resipi Pisang Goreng Frozen ini 🙂
Bahan-bahan:
1 cawan tepung beras
2 camb tepung gandum
1 camt garam
Sedikit air
Serbuk roti/ bread crumb
Cara membuat:
- Campur tepung beras, tepung gandum, garam dan air seperti bancuhan tepung goreng pisang.
- Golekkan diatas serbuk roti. Boleh terus digoreng atau disimpan beku. Nak makan tinggal goreng saja.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nora Mohd Rawi (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos