Buat yang biasa makan Sambal Goreng Jawa atau Tempe Goreng cicah sambal hitam mesti biasa beli di luar sahaja kan untuk stok Tempe? Pernahkah terfikir nak buat sendiri di rumah Tempe ini? Jarang tau dibuat sendiri. Tapi, sesekali best juga kalau cuba buat. Bahan pun sikit sahaja dan pasti selamat. Jom cuba!
Terima kasih Hidayah Mohktar untuk perkongsian resipi Tempe Homemade ini 🙂
Bahan-bahan:
1 kilogram kacang soya
2 gram ragi tempe
8 keping beg plastik sandwich
Cara membuat:
- Rendam kacang soya semalam. Setelah kembang, pecah-pecahkan kacang soya supaya kulitnya tanggal. Basuh sehingga bersih sambil cuba tapiskan kulitnya sebanyak yang mungkin
- Rebus selama 45 minit ke 1 jam. Sambil itu, cuba buangkan kulit kacang yang timbul, tapi jangan gusar kalau masih ada yang tinggal.
- Tos kacang soya dan keringkan. Sama ada biarkan kering sendiri atau goreng seketika atau menggunakan kipas angin.
- Campurkan kacang yang sudah kering dengan ragi tempe.
- Bungkus menggunakan plastik sandwich yang dicucuk 1-2cm secara tegak dan melintang. Ketebalan bergantung kepada citarasa masing-masing. Boleh guna daun pisang atau daun rambai untuk rasa yang lebih enak.
- Tekan-tekan dan mampat-mampatkan kacang di dalam plastik sehingga rata.
- Letak di tempat yang panas (letak saja di dapur dan tutup dengan kain, selama 36-48 jam). Anda akan lihat kulat putih memenuhi kacang anda.
Tips: Ragi tak boleh banyak. Kat peket ragi ada sukatan. Atau bahasa mudah, ragi tempe ni ibarat kita letak garam dalam masakan. Kalau terlebih, tempe kita tak jadi. Pastikan kering air kat kacang soya baru gaul ragi.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Hidayah Mohktar (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos