Secara tradisional Kuih Lapis ini kita biasa menggunakan pewarna merah atau merah jambu kan? Kali ini, jom beri kelainan dan tambahkan aroma Daun pandan dalam Kuih Lapis ini.
Tengok sahaja dah tahu kuih ini lembut betul. Sedap dimakan pada waktu petang bersama Air Teh. Jom buat!
Terima kasih Sarimah Ismail untuk perkongsian resipi Kuih Lapis Pandan ini 🙂
Bahan-bahan:
1 cawan tepung beras* Cap Teratai
1 sudu besar tepung gandum * (sukat jangan menimbun)
1 sudu besar tepung jagung * (sukat jangan menimbun)
1 cawan santan pekat *
1 cawan air *
1/2 cawan gula pasir *
Secubit garam *
2 atau 3 helai daun pandan (dikisar dengan 1/2 cawan air)
1/2 cawan air ***
Cara membuat:
- Campurkan bahan yang bertanda (*). Kacau sebati dan tapis.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
—1 bahagian hendaklah dimasukkan air daun pandan dan kacau sebati.
—1 bahagian lagi hendaklah ditambah dengan 1/2 cawan air yang bertanda *** kacau sebati.
*Bermaksud jumlah bancuhan adalah 250 ml adunan pandan dan 250 ml adunan asal.
- Panaskan air kukusan. Tutup tudung pengukus dengan kain bersih. Kemudian oleskan acuan saiz kecil (sebaiknya 5 inci) dengan sedikit minyak dan panaskan sebentar.
- Masukkan setengah cawan atau 1 senduk adunan pandan. Kukus 5 minit kemudian masukkan adunan warna asal. Kukus lagi 5 minit.
- Ulang proses yang sama hingga selesai. Untuk lapisan terakhir yang pandan itu, boleh tambahkan sedikit pewarna hijau supaya warna nampak menarik.
- Kukus selama 10-15 minit kemudian buka penutup dan kukus lagi 5 minit supaya jika ada wap air yang jatuh akan jadi kering.
*Kalau guna pengukus elektrik, kurangkan jadi 3 minit setiap satu dan yang terakhir 8 minit. Pusing suhu kepada yang paling tinggi.
*Kalau ikut betul-betul bancuhan ni, kuih ni menang gedik, lembut dan rasa lemak-lemak.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Sarimah Ismail (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos