fbpx

Buat Mee Jawa Dengan Mudah. Sesuai Untuk Dijamu Pada Tetamu Yang Datang.

iCookAsia

Ada orang Jawa di sini? Pasti sangat familiar dengan hidangan Mee Jawa ni kan. Kalau rindu akan hidangan ni, boleh la cuba buat di rumah. 

Buat peminat Mee Rebus pun boleh cuba, sebab bahan yang digunakan pun lebih kurang sahaja. 

Terima kasih Maz Samad untuk perkongsian resipi Mee Jawa ini 🙂

Bahan untuk kuah:

1/2 kg keledek (direbus dan dikisar)

5 biji bawang merah*

3 ulas bawang putih*

3 batang serai*

Sedikit halia*

Sedikit lengkuas*

100 gm udang kering* (Semua bahan bertanda * dikisar)

2 sudu besar cili kisar

3 sudu besar serbuk kari daging

Air rebusan daging secukupnya

Garam dan gula secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak kedalam periuk. Kemudian, tumis semua bahan yang dikisar hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan serbuk kari dan kacau hingga naik minyak.
  3. Masukkan air rebusan daging dan keledek yang dikisar.
  4. Masukkan garam dan gula secukupnya.

Bahan-bahan lain:

1 kg mee kuning (dicelur)

1/2 kg daging yang telah direbus dan dihiris

1 bungkus fishcake (dicelur dan dihiris nipis)

300 gm taugeh (dicelur)

3 keping tauhu (dihiris nipis)

Daun sup dan daun bawang

Bawang goreng

Cili hijau / cili merah (dihiris)

Telur rebus

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Maz Samad (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x