fbpx

Resepi Mudah Nasi Ayam Penyet. Lagi Sedap Di Makan Dengan Sambal Ayam Penyet Yang Memang Pedas!

iCookAsia

Nasi Ayam Penyet memang sangat sedap dengan sambal cabai yang pedas dan cukup rasa. Memang nikmat sampai tak cukup satu pinggan nasi. Bukan itu sahaja, dengan ayam goreng yang crunchy lagi best.

Jom kita try.

Terima kasih Sajeeda Amran Sajeeda Binti Amran untuk perkongsian resipi Nasi Ayam Penyet ini 🙂

Bahan-Bahan:

Bahan A (Untuk Cabai Penyet):

1 labu bawang besar

3 ulas bawang putih

4 biji cabai merah

20 biji cabai melaka hijau

3 biji tomato

Belacan sikit (Nak masukkan ikan bilis pun boleh)

Cara penyediaan:

  1.       Pertama sekali, goreng bahan-bahan cabai penyet itu.
  2.       Apabila sudah layu, toskan.
  3.       Boleh blend kan atau tumbuk. Masukkan perasa sesedap Rasa.

Bahan B (Untuk Ayam Goreng):

4 sudu tepung gandum

4 sudu tepung jagung

Kunyit sikit ditambah dengan rempah Kari Daging sikit

Perasa

Cara penyediaan:

  1.       Gaulkan ayam tadi dengan bahan di atas dan goreng.

Bahan C (Untuk Ulam):

Salad

Kacang panjang

Timun

Senang sahaja kan? Untuk tempe,anda boleh sahaja beli di kedai dan goreng.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Sajeeda Amran Sajeeda Binti Amran(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x