Kalau keluaran Roti Gardenia ada Pandan Kelapa, tetapi di Facebook sedang viral resepi Roti Pandan Gula Melaka ini. Hijau cantik, lembut, gebu dan nampak pun dah tahu sedap. Kalau ada jual ni, mesti ramai beli.
Admin pun dah terliur ni. Anda semua nak buat tak di rumah? Jom ikut resepi ni!
Terima kasih Ritzuwan Syde untuk perkongsian resipi Roti Pandan Gula Melaka ini 🙂
Bahan-bahan:
500g Tepung roti
15g Tepung susu
15g Tepung ubi
14g Kelapa parut
8g Garam
50g Gula kastor
11g Yis kering
5g Bread improver *optional
10g Pandan paste
40g Shortening
330g Air tapis
30g Gula melaka
Cara membuat:
- Masukkan kesemua bahan kering ke dalam mixer (kecuali gula melaka). Seterusnya masukkan air dan pandan paste dan uli pada kelajuan perlahan.
- Selepas doh terbentuk, masukkan shortening dan uli pada kelajuan sederhana sehingga doh “fully developed”.
- Pindahkan doh ke atas meja dan bahagikan doh kepada 2 biji. Anggaran 480g sebiji.
- Gelek doh dan taburkan gula melaka di atasnya. Anggaran 15g setiap doh.
- Gulung doh dari atas ke bawah dengan kemas.
- Pindahkan doh kedalam loyang pembakar. Saya pakai saiz 20cm x 10cm x 10cm.
- Kembangkan doh sehingga 3/4 ketinggian doh (biarkan kembang lebih sikit).
- Bakar pada suhu 180-200 darjah celsius selama 30-40 minit (bergantung kepada oven masing-masing).
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Ritzuwan Syde (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos