Buat peminat tegar makanan fast food McDonalds, pasti tahu air keluaran syarikat ini iaitu Iced Chocolate daripada McCafe. Memang sedap, Admin tak tipu.
Tetapi baru-baru ini, seorang pengguna Facebook ini telah kongsikan produk-produk yang digunakan oleh McDonald’s untuk buat Iced Chocolate ini. Katanya, rasa memang sebijik. 3 bahan je anda perlu sediakan. Jom cuba!
Terima kasih Syahidan Hisham untuk perkongsian resipi Air Coklat ini 🙂
Bahan-bahan:
DaVinci Gourmet Chocolate Sauce
Susu Dutch lady
Ais secukupnya
Cara penyediaan:
- Pam coklat ke dalam cawan. Ikut nak letak banyak mana pun tak kisah.
- Letak ais secukupnya.
- Tuangkan susu Dutch Lady sampai penuh dan kacau hingga sebati.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Syahidan Hisham (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos