Kebiasannya kita akan makan kuih yang selalu dijual di kedai tapi apa kata kita cuba buat scones dengan hanya menggunakan tiga bahan sahaja. Yang penting, proses untuk buat resipi ini sangat mudah dan tidak renyah untuk menyediakannya. Makan pula dengan jem strawberry, memang satu kombinasi yang sedap.
Jom kita try.
Terima kasih Umie Nurhayati untuk perkongsian resipi Scones ini ๐
Bahan-Bahan:
115 g mentega (sejuk)
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan krim atau susu segar
Boleh letak sedikit gula perang kalau mahu manis
Cara penyediaan:
- Gaulkan tepung bersama mentega sehingga menjadi seperti serbuk roti.
- Kemudian, masukkan susu sedikit demi sedikit dan uli sampai jadi doh dan sudah tidak lembik.
- Canaikan doh tipis sedikit dan lipat macam lipatan baju.
- Uli balik doh tersebut dan ikut langkah pertama.
- Seterusnya, terap doh menggunakan acuan bulat. Kalau tiada acuan bulat, boleh sahaja bentukkan bulat macam biasa.
- Susun di atas dulang pembakar dan tidak perlu jarakkan.
- Sapu permukaan scone dengan telur yang dicampur dengan sedikit susu segar.
- Bakar pada suhu 250ยฐ c selama 15 minit atau sehingga bahagian atas keperangan.
- Boleh dihidangkan nanti dan makan bersama jem strawberry, sedikit butter dan krim putar.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! ๐
Kredit resipi dan gambar: Umie Nurhayati(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos