fbpx

Cara Buat Sambal Ikan Untuk Dimakan Dengan Nasi Impit, Memang Sedap Rasanya

iCookAsia

Kalau anda semua nak tahu, Nasi Impit Sambal Ikan ini kebiasaannya dimakan pada waktu pagi untuk breakfast. Bukan itu sahaja, Sambal Ikan ini memang mempunyai satu rasa yang sangat sedap dek kerana isi ikannya yang melengkapkan lagi kelazatan tu.

Untuk anda semua yang masih ada stok nasi impit atau ketupat, boleh cuba tau resipi Sambal Ikan ni. Jom kita try.

Terima kasih Zainoor Aliza Ali untuk perkongsian resipi Sambal Ikan ini 🙂

Bahan-Bahan:

Bahan A:

1 biji kelapa parut

Bahan B:

3 ekor ikan (Dibakar dan diambil isinya)

3 batang serai (Dihiris nipis)

1 labu bawang besar

1 ulas bawang putih

Sepotong halia

Sedikit gula

Sedikit garam

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, kelapa parut haruslah digoreng sehingga kelihatan keperangan. Apabila sudah masak, angkat dan tumbuk halus. Ketepikan.
  2. Seterusnya, bahan B juga harus ditumbuk halus.
  3. Kemudian, masukkan kesemua bahan B yang telah ditumbuk ke dalam bahan A.
  4. Pastikan untuk gaul sekata dan boleh dihidang bersama nasi impit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zainoor Aliza Ali(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x