Sebut je mengenai laksa, mesti ramai yang suka. Confirm bertambah makan, daripada pagi sampai malam mesti makan laksa je. Kali ni, Admin nak share cara buat kuah laksa yang sangat sedap dan simple je. Makin berselera makan laksa lepas ni.
Jom kita try.
Terima kasih Mak Su untuk perkongsian resipi Kuah Laksa ini 🙂
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan tongkol (direbus)
1 tin sardine
3 labu bawang besar
Segenggam cili kering (direbus)
5 pokok daun kesum
1 batang bunga kantan
6 keping Asam keping
Sedikit gula
Sedikit garam
Sedikit Ajinomoto
Cara penyediaan:
1.Rebus ikan tongkol saiz kecil sehingga masak. Kemudian masukkan ikan ke dalam pengisar dan guna semula air rebusan ikan tadi. Tidak perlu asingkan tulang dan isi, memudahkan kerja bubuh dalam pengisar dan kisar sampai hancur.
2.Tip untuk senang nak tapis, air dalam pengisar kena banyak kalau tidak, isi ikan akan pekat dan tidak boleh nak tapis.
2.Kisar cili kering yang telah direbus sehingga halus bersama bawang dan ikan sardin tin.
3.Satukan semua bahan ke dalam periuk dan biarkan kuah mendidih, kemudian masukkan bahan perasa seperti garam, gula, ajinomoto dan asam keping.
4.Potong bahan untuk hidangan bersama seperti timun, cili,bawang, limau dan telur rebus dan boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Mak Su(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos