Pasti ada yang rindu nak beli berbalang-balang kuih-kuih tradisi dan simpan buat stok di rumah kan? Lebih-lebih lagi pada musim PKP duduk di rumah ni. Untuk diratah sewaktu tonton TV dan juga sambil membuat kerja pejabat di rumah.
Jangan risau, jom ikuti resepi daripada seorang pengguna Facebook ini. Ada tips untuk bagi kelopak untuk setiap lapisan tu terbuka cantik.
Terima kasih Siti Hadirah untuk perkongsian resipi Kuih Tiram/ Kuih Lidah Buaya ini 🙂
Bahan A:
2 cawan tepung gandum*
2 sudu besar minyak*
1 sudu besar marjerin*
Secubit garam*
Air
Caranya:
- Gaul bahan bertanda (*) sehingga menjadi seperti serbuk roti.
- Kemudian tuang air sedikit demi sedikit sambil uli menjadi doh. Uli sehingga tidak melekat di jari.
Bahan B (gam/pelekat)
5 sudu besar tepung ubi
5-8 sudu besar minyak
*gaul sebati sehingga menjadi paste.
Bahan C
Minyak secukupnya (untuk menggoreng)
Gula halus (untuk salutan)
Susu tepung (optional)
Cara membuat:
- Bahagikan kepada 5 bahagian dan bulat-bulatkan.
- Ambil doh dan canai nipis. Ambil gam/pelekat tadi dan sapu rata di atas doh.
- Kemudian gulung doh. Ambil pisau dan potong gulungan doh sebesar ibu jari.
- Canai lagi doh yang dipotong tadi sekali lalu.
- Panaskan minyak dan goreng sehingga menjadi warna kuning keemasan.
- Tunggu sejuk dulu baru salut dengan gula halus.
*untuk bentuk kelopak, guna lidi untuk buka masa tengah menggoreng.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Siti Hadirah (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos