fbpx

Ini Dia Manfaat Minyak Bawang Putih Yang Patut Anda Tahu. Cuba, Jangan Tak Cuba

iCookAsia

Sebut sahaja mengenai bawang putih, mesti ramai yang tak suka. Tapi kalau anda semua nak tahu, banyak kebaikan dan manfaat yang boleh didapati daripada minyak bawang putih. Jom Admin share

Terima kasih Erieyn Jasmee untuk perkongsian manfaat MInyak Bawang Putih ini 🙂

Resepi minyak bawang putih:

Bahan-bahan:

4 labu bawang putih (dicincang halus)

200ml minyak masak atau minyak zaitun (nak lebihkan minyak pun boleh)

Cara-cara:

  1. Pertama sekali, panaskan minyak.
  2. Apabila minyak sudah panas, kecilkan api dan masukkan bawang putih yang sudah dicincang tadi.
  3. Pastikan untuk kacau selalu sehingga warna kekuningan atau garing.
  4. Kalau dah garing, tutup api dan tunggu minyak sejuk. Selepas itu, dah boleh masukkan dalam botol.

Cara untuk simpan:

  1. Simpan pada suhu bilik dalam botol kaca atau plastik. Pastikan tutup botol dengan kemas. Boleh tahan selama 2-3 bulan.

Minyak bawang putih:

  1. Boleh dimakan sebagai supplement harian seisi keluarga.
  2. Bukan itu sahaja, ianya juga dimakan sebagai ubat atau penawar penyakit.
  3. Bahan dalam menu masakan seperti salad dressing, garlicy mayonnaise, goreng telur mata dengan minyak ini untuk sarapan juga sangat bagus.

Keistimewaan minyak bawang putih:

  1. Pertama sekali, ianya boleh mencegah dari keracunan makanan.
  2. Membunuh parasit dan mengubat jangkitan kulat pada kulit.
  3. Bukan itu sahaja, boleh juga mengubati jerawat.
  4. Kemudian, minyak bawang putih boleh menambahkan tenaga fizikal dan stamina.
  5. Mencegah serta menyembuhkan demam dan juga selsema.
  6. Seterusnya, ianya juga boleh mengawal berat badan.
  7. Minyak bawang putih dapat melindungi jantung dan menurunkan kadar kolesterol serta tekanan darah.
  8. Ianya juga dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser dan menurunkan tahap gula dalam darah.
  9. Minyak bawang putih juga dapat meredakan kesakitan gigi dan telinga, mengatasi masalah rambut gugur, mengurangkan angin dalam badan dan membantu mencegah stress, kemurungan serta rasa cemas.
  10. Bukan itu sahaja, ianya juga dapat merawat jangkitan ketuat dan sangat baik untuk masalah selsema kanak kanak dan bayi.
  11. Akhir sekali, ianya juga menjadi penawar kepada masalah vericose vien iaitu urat ungu timbul di betis dan kaki serta membantutkan sebarang pertumbuhan seperti tumor, cyst, cancer dalam badan.

Semoga bermanfaat untuk anda semua😉

Kredit manfaat dan gambar: Erieyn Jasmee(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x