fbpx

Homemade Sosej Jumbo, Lebih Berkhasiat.

iCookAsia

Seperti yang kita tahu, sosej memang antara makanan yang sedap tetapi kurang berkhasiat. Jadi apa kata kita buat sendiri, lebih berkhasiat dan kurang rasa bersalah kalau makan banyak! 

Terima kasih Tsu Feh Sufiah untuk perkongsian resipi Homemade Sosej Jumbo ini 🙂

Bahan-bahan:

3 atau 4 keping dada ayam dlm 200gm setiap satu

2 biji telur

1 biji bawang besar

4 ulas bawang putih

4 sudu tepung ubi

Sedikit garam

Sedikit lada sulah

Sedikit serbuk oregano

Sayur ikut suka la nak letak apa

Sedikit lada hitam (option)

Daun ketumbar (option)

Serbuk cili (option)

Cara memasak:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam food processor, kemudian paipkan dlm plastik aiskrim malaysia dan bekukan.
  2. Buangkan plastik aiskrim dan kukus sosej selama 15 minit.
  3. Nak makan baru masukkan dalam Air Fryer, setkan 170° selama 5min (ikut citarasa garing yang anda inginkan)

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Tsu Feh Sufiah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x