fbpx

Resepi Puding Biskut Kacang Hijau. Sedap Makan Sejuk-Sejuk!

iCookAsia

Sedap dimakan sejuk-sejuk, puding ini juga boleh dimakan bila-bila yang korang nak. Admin first time dengar resipi ini, jom cuba.

Terima kasih Nana Ereena untuk perkongsian resipi Puding Biskut Kacang Hijau ini 🙂

Bahan-bahan Lapisan Biskut:

5g serbuk agar-agar

300ml air

1/4 cawan gula (nak manis tambah lagi)

1/2 tin (200ml) susu cair

5 keping biskut cracker

Cara memasak:

  1. Blend susu cair dengan biskut.
  2. Didihkan serbuk agar-agar dengan air dan gula.
  3. Masukkan susu cair dan biskut yang sudah diblend dan biarkan sehingga mendidih lagi.
  4. Tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan.

Bahan-bahan Lapisan Kacang Hijau:

5g serbuk agar-agar

300ml air

1/4 cawan gula (nak manis tambah lagi)

½ cawan kacang hijau

½ tin susu cair

 

Cara memasak:

  1. Rebuskan kacang hijau hingga lembut dan blend dengan susu cair.
  2. Didihkan agar-agar bersama air dan gula.
  3. Masukkan adunan kacang hijau dengan susu cair ke dalam agar-agar dan biar sehingga mendidih lagi.
  4. Cakar permukaan lapisan biskut dengan garfu dan tuangkan lapisan kacang hijau tadi. Sejukkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nana Ereena (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x