Pernah dengar tak tentang resepi Cinnamon Roll? Untuk pengetahuan korang, resepi ni pernah terkenal tau, sampai sekarang pun masih ada yang share macam mana nak buat. Daripada beli, lebih baik buat sendiri kan? Dapat lah makan banyak. Yang penting, mudah je nak buat.
Jom kita buat!
Terima kasih Shida Ambok untuk perkongsian resipi Cinnamon Roll ini 🙂
Bahan-Bahan:
Roti prata atau canai instant Kawanku
Cinnamon powder (serbuk kayu manis)
Butter
Gula perang
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, cantumkan penghujung dua keping prata di atas pan yang sudah dilumur butter.
- Sapukan butter pada keseluruhan permukaan roti prata.
- Tabur cinnamon powder di atasnya. Kalau letak lagi banyak lagi sedap.
- Kemudian, tabur pula gula perang. Ratakan.
- Gulung roti prata sebelum dipotong-potong.
- Seterusnya, tegakkan susunan potongan tadi dan bakar pada suhu 180°c selama 15-20 minit.
- Boleh dihidang. Kalau lalu kan coklat syrup pun lebih bertambah sedap.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Shida Ambok(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos