fbpx

Resepi Mee Kuah Daging. Masukkan Telur Untuk Buat Kuah Bertambah Pekat. Baru Puas!

iCookAsia

Musim perayaan Haji ini, Admin pasti ada yang mendapat daripada agihan daging korban kan? Jadi inilah masanya untuk cara semula pelbagai resepi yang menggunakan Daging. 

Kalau nak masak hidangan yang selain dimakan dengan Nasi, anda boleh cuba buat hidangan Mee Kuah Daging daripada seorang pengguna Facebook ini. Nampak macam banyak bahan kan? Tapi anda pasti takkan menyesal untuk cuba resepi ini. Jom!

Terima kasih Elisa Rose untuk perkongsian resipi Mee Kuah Daging ini 🙂

Bahan-bahan:

2 paket mee kuning (secukupnya)

1 kilo daging

2.5 liter air rebusan daging

Sos tomato secukupnya

Sos cili secukupnya

1 cawan kuah kacang

3 biji kiub stok ikan bilis

4 biji telur (untuk pekatkan kuah)

3 sudu besar cili kisar (boleh tambah ikut tahap kepedasan anda)

Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan tambahan:

8 biji telur rebus (dipotong dua)

Hirisan cili merah secukupnya

Hirisan daun bawang secukupnya

Sayur taugeh dan sawi dicelur secukupnya

Bawang goreng secukupnya

Bahan Kisar (halus):

5 biji bawang merah

3 biji bawang putih

1 inci halia

Cara memasak:

  1. Rebus daging lembu sampai empuk. Kemudian daging dipotong kecil dan simpan semua air rebusan tadi. Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan yang dikisar bersama cili kisar sampai timbul bau wangi dan pecah minyak. Masukkan air rebusan daging serta kacau kuah dan masukkan kiub stok ikan bilis, kuah kacang secukupnya, sos tomato dan sos cili secukupnya. Jika suka masam boleh ditambah lagi sos tomato. 
  2. Kacau semua bahan-bahan dan boleh dimasuk semula daging ke dalam kuah serta biarkan kuah masak sampai mendidih. Masukkan garam dan gula secukup rasa kemudian pecahkan 4 biji telur ke dalam mangkuk serta kacau telur ni sedikit dan masukkan ke dalam kuah tadi.  Kacau perlahan-lahan kuah sampai telur masak. Tujuan telur ni dimasuk ke dalam kuah adalah untuk pekatkan kuah. 
  3. Celur mee, taugeh dan sawi kemudian tos serta ketepikan dul , rebus semua telur.
  4. Cara menghidang mee ni: mula-mula masukkan sayur taugeh/sawi dahulu dalam mangkuk kemudian mee dan tuangkan kuah bersama isi daging, telur rebus, bawang goreng, cili merah dan daun sup.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Elisa Rose (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x