Kalau kebiasaannya daging korban kita masak sup atau dendeng, hari ini Min nak kongsikan Resepi Singgang Daging. Menu ini antara menu popular di Kelantan kalau musim Raya Haji ini. Jom kita cuba tukar selera.
Terima kasih Ruhana Zalina untuk perkongsian resipi Singgang Daging ini 🙂
Bahan-bahan:
1/2 kg daging – hiris/potong kecik *
1½ inci lengkuas – ketuk *
1 inci halia- hiris memanjang, kecil-kecil*
2 sudu besar ketumbar – tumbuk kasar *
3 ulas bawang putih – mayang *
4 ulas bawang merah-mayang*
3 tangkai lada kering -tumbuk bersama ketumbar(tidak lumat) *
3 keping asam keping
Garam dan gula
Serbuk perasa dan budu (jika suka)
Air
Cara memasak:
- Semua bahan bertanda * masukkan dalam periuk dan gaul bersama daging tanpa air.
- Rebus bersama daging tanpa air sekejap (mati awas). -rahsia kesedapan singgang sebab rasa bahan-bahan masuk ke dalam daging.
- Masukkan air.
- Biarkan sehingga daging empuk.
- Masukkan garam dan asam keping. Masak lagi sehingga betul-betul empuk.
- Boleh letak serbuk perasa dan budu.
- Lepas tu tutuplah api. Boleh dihidangkan.
-garam dan asam tidak dimasukkan awal untuk elak daging jadi liat.
Rebus daging menggunakan Shefu Low Pressure Cooker untuk lebih cepat dan mudah!
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Ruhana Zalina(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos