Untuk yang rindukan masakan ini, jom kita buat sendiri. Sekarang nak keluar pun susah kan. Kena belajar buat sendiri kalau nak makan, mana tahu boleh dijual pula. Jom cuba.
Terima kasih Norfazida Gda untuk perkongsian resipi Resepi Chee Cheong Fun atau Rice Noodle Roll ini 🙂
Bahan kulit:
2 cawan tepung beras
2sb tepung ubi
2sb tepung jagung
3sb minyak masak
2 cubit garam
Air secukupnya
Daun bawang (di dadu)
Cara membuat:
- Campurkan semua bahan, bancuh sebati. Tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
- Sapukan minyak pada tudung periuk/ loyang/ pinggan. Letakkan 4 sudu adunan dan ratakan.
- Kukus seperti membuat kuih laksam selama 1-2 minit. Bila sudah masak, letakkan inti dan gulungkan.Â
Kukus menggunakan SHEFU 32cm 3 Tier Steamer untuk hasil yang memuaskan.Â
Bahan inti:
1 biji lobak merah (disagat)
1/2 biji sengkuang (disagat)
3 biji bawang merah (diracik)
2 ulas bawang putih (diracik)
3sb udang kering (tumbuk kasar)
1sb sos tiram
1sb kicap manis
Cara memasak:
- Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga garing.Â
- Masukkan udang kering. Kemudian masukkan sos tiram dan kicap sambil dikacau.Â
- Akhir sekali masukkan lobak merah dan sengkuang. Masak hingga sekata.
Bahan kuah:
2sb kicap manis
1sb sos tiram
1sb sos cili
1/2sb gula perang/pasir
Minyak bijan (saya tak letak)
1/2 cawan air
Bijan
Cara memasak:
Masak semua bahan hingga mendidih. Tuangkan ke dalam bekas. Taburkan bijan. Boleh siram di atas gulungan ccf atau sebagai sos pencicah.Â
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Norfazida Gda (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos