Buat orang Terengganu, sudah pasti tahu akan Kuih Tradisi, Kuih Kayu Keramat atau Kuih Kayu Keramat ini. Rupa dan bentuknya lebih kurang sahaja seperti Kuih Cakoi yang biasa dimakan oleh orang Selangor dan KL ini.
Kalau anda nak tahu, orang Terengganu makan dan cicah Kuih ini bersama Air Kopi tau. Haa, berlainan dengan orang Selangor/ KL, dimana kita makan bersama Sos Kastard Pandan kan? Menarik ni. Jom cuba cicah bersama kopi pula? Hehe…
Terima kasih Ummi Mukminah Nadzir untuk perkongsian resipi Kayu Kammat/ Kayu Keramat ini 🙂
Bahan-bahan:
1 kg Gandum
1 biji Telur
1 sudu besar Marjerin
13 sudu Gula
2 gelas Air
1 sudu kecil Yis
1 sudu kecil Soda
½ sudu kecil Garam
⅓ tin Susu cair
Cara membuat:
- Gaul kesemua bahan kecuali gandum.
- Kalau nampak sudah sebati semua, baru letak gandum. Uli biar sebati semua.
- Selepas itu, tunggu 4 hingga 6 jam.
- Kemudian, bentukkan adunan menjadi panjang seperti bentuk asal Kayu Keramat ini.
- Akhir sekali, di goreng.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Ummi Mukminah Nadzir (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos