Makanan ini mampu menyatukan atau mengeratkan silaturrahim diantara ahli keluarga. Sebagai contoh, membuat aktivit memasak bersama dan nikmati hidangan tersebut bersama-sama. Betul tak? Jom Admin kongsikan satu resepi hidangan Air yang boleh dibuat bersama keluarga anda di rumah. Alang-alang musim PKP, musim duduk di rumah sahaja, boleh la cuba.
Terima kasih Fatien Zaini untuk perkongsian resipi Air Mango Dessert ini 🙂
Bahan-bahan:
3 cawan susu segar
1 paket serbuk jelly flavour mangga (masak dan sejukkan serta di potong dadu)
1/2 cawan whipping cream (boleh ganti dengan susu cair)
1 cawan susu pekat(ikut manis yg kita nak)
1 cawan sagu (masak dengan air yang mendidih dan tapiskan)
1 tin laici tin (ambil buah sahaja)
2 biji mangga (dipotong dadu)
Cara membuat: Satukan semua bahan di atas dan letak ais batu.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Fatien Zaini (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos