fbpx

Resepi Nasi Komok, Sesuai untuk yang Rindukan Masakan Thailand.

iCookAsia

Nasi Komok atau Khao Mok ni memang hidangan popular di Thailand, ala-ala nasi minyak kita tapi lain sedikit. Resepi ini tidak menggunakan rempah Komok namun rasanya memang sedap. Sekali-sekala kita tukar menu kan, tak la bosan hari-hari makan menu yang sama.

Terima kasih Hidayati Hana untuk perkongsian resipi Nasi Komok ini 🙂

NASI KOMOK

Bahan-bahan:

3 cawan beras basmathi (rendam 30 minit, basuh dan toskan airnya)

1 -2 biji bawang besar *

4 ulas bawang putih *

1 inci halia *

3 sekawan *

1/2 cawan susu cair

Air secukupnya

2 sdb rempah kurma +1 sdb serbuk kunyit + 1 sdk jintan putih (jika tiada rempah nasi komok)

2 helai daun pandan

1 kiub pati ayam

Garam secukupnya

Daun ketumbar

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak tumis bahan * hingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kurma + serbuk kunyit + serbuk jintan putih (bancuh dengan sedikit air) dan daun pandan.
  3. Dah garing masukkan air + susu cair dan beras. Masukkan kiub pati ayam, perasakan dgn garam, taburkan daun ketumbar. Masak macam biasa.

AYAM KOMOK

Bahan-bahan:

1 ekor ayam

6 ulas bawang putih *

1 biji bawang besar *

4 batang serai *

2 inci halia *

1 sdb ketumbar *

Serbuk kunyit

Sedikit tepung gandum

Garam secukup rasa

Cara memasak:

  1. Kisar bahan-bahan yang bertanda *. Gaulkan dgn ayam. Masukkan tepung gandum, serbuk kunyit dan garam. Perap selama 1 jam.
  2. Goreng dengan api sederhana.

SAMBAL KOMOK

Bahan-bahan:

6 biji cili merah

10 biji cili api (nak pedas lebihkan)

4 ulas bwg putih

Akar daun ketumbar

2 sdb cuka

Garam

Gula

Sedikit air

Cara memasak:

  1. Kisar semua bahan dan masak hingga sedikit pekat.
  2. Dah masak taburkan daun ketumbar.

** Hidangkan dgn sup ayam, timun, daun ketumbar dan keropok kering yg digoreng

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Hidayati Hana (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x