Popia ketam ini memang layan sangat untuk minum petang. Ajak anak-anak buat sama-sama pun mesti meriah. Sekejap je habis makan waktu petang.
Terima kasih Masliana Ibrahim untuk perkongsian resipi Popia Ketam ini 🙂
Bahan-bahan:
1 paket isi ketam
3-4 sudu besar mayonis, boleh adjust ikut suka juga
3 pokok daun ketumbar
Kulit popia saiz besar/medium
Sehiris lemon
Secubit garam
1 botol sos masam manis/sis cili Thai pun sedap
Semangkuk air atau putih telur untuk gam popia
Cara memasak:
1. Rebus isi ketam sampai masak.
2. Angkat dan tapis buang air rebusan. Bila kering sikit lenyekkan isi ketam sampai separa hancur.
3. Kalau suka isi hancur boleh lenyek sampai hancur jer.
4. Perah lemon untuk hilang hanyir isi ketam.
5. Gaul dengan mayonnaise, daun ketumbar dipotong halus dan garam.
6. Ambil 1-2 sudu dan bungkus helok macam buat popia. Gamkan tepi popia dengan air atau putih telur.
7. Panaskan minyak dengan api perlahan sebelum goreng. Part ni sangat kena berhati hati untuk dapatkan gorengan cantik.
Jika api kuat ia boleh rosakkan popia ketam ni, seperti pecah terburai isi dalamnya.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Masliana Ibrahim
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos