fbpx

Pedas Tapi Tak Pijar. Ini Caranya Nak Kurangkan Pijar Pedas Dalam Masakan!

iCookAsia

Pedas tapi tak pedas, eh macam mana tu? Anda jangan tak tahu, rasa pedas biasa lain dengan rasa pedas pijar. Admin nak kongsi dengan anda semua cara nak kurangkan rasa pijar pedas dalam masakan, baru lah makanan pedas tu sedap dinikmati!

Terima kasih Leha Yusuf untuk perkongsian 7 cara kurangkan pedas dalam masakan 🙂

7 Cara Kurangkan Pedas Dalam Masakan:

  1. Gula atau Madu

Untuk kurangkan rasa pijar pedas, tambahkan beberapa sudu gula atau madu dalam masakan.

  1. Lemon, Cuka, Asam Jawa

Makanan masam mengurangkan kepedasan. Cuka, asam jawa, asam keping, atau jus lemon antara yang boleh dimasukkan dalam masakan. Namun jangan terlalu banyak sehingga merosakkan rasa lauk.

  1. Kentang

Masukkan sebiji kentang dan masak bersama sehingga empuk. Kentang mampu menyerap kembali rasa pedas dan dapat membetulkan rasa makanan.

  1. Bawang Besar

Hirisan bawang besar mampu mengurangkan rasa pedas pada sambal. Namun jumlahnya bergantung kepada jenis masakan juga.

  1. Tomato

Untuk mengurangkan kepedasan pada sambal belacan anda boleh memasukkan sebiji tomato ke dalamnya.

  1. Lebihkan Sayur

Untuk makanan berkuah seperti tomyam, lebihkan sayuran di dalamnya untuk mengurangkan pedas. Nanas boleh juga digunakan untuk mengurangkan rasa pedas ini.

  1. Cara Pilih Cili

Memilih cili juga membantu untuk mengurangkan rasa pedas. Pilih cili kering berbentuk lurus dan berkilat dan bukannya jenis kerinting.

Nota:

Boleh cuba salah satu je tau. Jangan campur kesemua sekali pula!

Kredit tips dan gambar: Leha Yusuf (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari http://shop.icookasia.my

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x